Enrich Platinum
Enrich platinum malaysia airlines merupakan status tertinggi di dalam
sistem frequent flyer oleh malaysia airlines. Alhamdulillah segala
kesungguhan dan pengorbanan selama ini berjaya menghasilkan kejayaan
memperoleh status ini pada awal oktober yang lalu. Dengan ini maka
lengkaplah koleksi kad enrich sepanjang zaman. :)
BAGAIMANA CARANYA?
Setiap ahli perlu memperoleh 100,000 elite miles atau melengkapkan 130
elite sector ( penerbangan ) dalam masa setahun mengikut tahun kalender.
Untuk memahami dengan lebih baik, saya akan jelaskan dalam penerangan
yang lebih mudah. Sebagai contoh, penerbangan sehala dari Kuala Lumpur
ke London anda akan memperolehi lebih kurang 6500 elites miles ( dengan
syarat anda membeli kelas penerbangan K/M kerana ia melayakkan anda
untuk menerima elites miles sebanyak 100% daripada jumlah jarak
penerbangan tertentu. Jadi bagi mendapatkan 100,000 elite miles maka
memerlukan lebih 16 penerbangan sehala Kuala Lumpur - London dan
sebaliknya.
Itu jika anda memberi fokus kepada jumlah elites miles, Namun begitu
anda juga boleh cuba untuk mencapai target dari aspek elites sectors (
atau dengan kata lain bilangan penerbangan sehala ) Jika dilihat pada
kelayakkan untuk enrich platinum ini, ahli perlu melengkapkan 130
penerbangan sehala dalam masa setahun. Ini bermakna secara purata ahli
perlu melakukan lebih kurang 11 penerbangan dalam masa sebulan ( bagi
kelas ekonomi ) atau boleh melakukan penerbangan kelas perniagaan iaitu
sebanyak separuh dari bilangan penerbangan kelas ekonomi 65 penerbangan
dalam masa setahun ( 5 penerbangan dalam masa sebulan ). Ini kerana bagi
setiap penerbangan ekonomi akan melayakkan ahli untuk menerima 1 elites
sector, kelas perniaagaan dengan 2 elites sector dan kelas pertama
dengan 3 elite sector.
Maka terpulang kepada setiap ahli bagaimana mengatur segala strategi
untuk meminimumkan kos dalam masa sama mampu mencapai target yang
ditetapkan dalam masa tempoh setahun. Gunakan lah kebijaksanaan masing
masing dalam membuat perancangan. Andai mereka sering memperkatakan
bahawa ianya hanya bagi mereka yang mempunyai perniaagaan dan sumber
kewangan yang tinggi sahaja, maka anda silap. Ianya mampu dicapai oleh
sesiapa sahaja dengan syarat dia mempunyai minat dan kenyakinan serta
keazaman yang tinggi dalam bidang penerbangan ini. Jika anda pernah
mendengar mengenai pengembara yang melakukan "flight marathon" maka itu
adalah salah satu strategi dalam memastikan setiap ahli berjaya
mendapatkan status tertinggi dalam sistem frequent flyer bagi setiap
syarikat penerbangan.
APA KELEBIHANNYA?
Secara asasnya, sebagai seorang ahli enrich platinum, mereka mempunyai
beberapa kelebihan yang membezakan dengan enrich gold sebagai
contohnya.
1. Akses ke Platinum Suite lounge Malaysia airlines di KLIA dan First
Class lounge seluruh dunia. Lounge ini khas bagi pemegang kad enrich
platinum ( Oneworld Emarald ) dan juga mereka yang memegang tiket
penerbangan kelas pertama. Pemegang kad juga boleh membawa seorang
tetamu bersama dengan syarat mereka daftar secara bersama dan juga
pemegang tiket bagi mana mana syarikat penerbangan di bawah Oneworld
alliance. Anda boleh akses secara percuma meskipun anda travel
menggunakan kelas ekonomi.
2. Kaunter daftar masuk khas ( First Class/Business Class counter) di KLIA dan juga di mana mana airport seluruh dunia.
3. Percuma berat bagasi sebanyak 100% daripada tiket kelas penerbangan.
Ini bermakna jika memegang tiket kelas perniagaan anda akan memperoleh
sebanyak 40kg berat tambahan selain 40kg berat bagasi sedia ada. ( total
sebanyak 80kg).
4. Pengurusan bagasi diutamakan dengan tag bagasi First Class priority.
Ini bermakna anda tidak perlu menunggu lama bagi proses tuntutan bagasi
di airport. Walaubagaimana ianya sekadar polisi, sejauh mana pelaksanaan
ianya berbeza bagi setiap airport.
5. Bagi mereka yang sudah berumahtangga maka boleh memberikan kad keahlian platinum percuma kepada isteri.
6. Enrich platinum assistance program. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke laman sesawang malaysia airlines.
7. Memperoleh sebanyak 30% bonus miles bagi setiap perjalanan
penerbangan. Namun harus di ingat, bonus miles ini tidak menyumbang
kepada elite miles. Dengan kata lain tidak diambil kira bagi dalam
menentukan kelayakkan keahlian enrich.
8. Setiap enrich miles yang diperoleh sepanjang keahlian enrich platinum
tidak akan ada tarikh tamat tempo. Berbanding dengan keahlian enrich
yang lain, enrich miles mempunyai tarikh tamat tempoh selama 3 tahun
dari tarikh penerimaan enrich miles tersebut.
9. Fast track bagi airport security bagi sesetengah airport terpilih. Boleh rujuk laman sesawang Onewolrd untuk maklumat lanjut.
KESIMPULAN
Enrich platinum semestinya memberikan satu pengalaman penerbangan baru
bagi setiap ahli. Namun begitu bagi mereka yang masih baru dalam sistem
enrich, target pertama adalah enrich gold. Ini kerana keahlian enrich
gold sebenarnya sudah cukup memadai bagi menikmati keselesaan dalam
pengalaman penerbangan terutamanya sebelum penerbangan. Dan apa yang
lebih pasti kelayakkan untuk mendapatkan & mengekalkan keahlian ini
lebih mampu milik berbanding enrich platinum.
Nantikan entri seterusnya berkenaan bagaimana keahlian enrich platinum ini boleh melayakkan anda mendapatkan status tertinggi bagi syarikat penerbangan lain dengan PERCUMA.
Comments
Post a Comment