Tips Redeem Enrich Miles

No photo description available.Ramai kawan-kawan di ofis yang tertanya-tanya macam mana saya dapat bawak keluarga melancong ke luar negara tanpa memecahkan bank/melubangkan poket. Di sini saya nak kongsi sedikit tips macam mana nak ‘jet set’ dengan keluarga tercinta dan jimat dalam masa yang sama ✈️✈️✈️🌍☃️🗽: Step 1: Buka akaun Enrich Malaysia Airlines. First time register dapat Tier ‘Blue’. Boleh buat online kat www.malaysiaairlines.com. Kalau jadi pelanggan setia dan terbang selalu boleh upgrade jadi ‘Silver’, ‘Gold’ dan ‘Platinum’ Step 2: Apply kad kredit kat bawah ni yang menawarkan Enrich Miles melalui penukaran mata ganjaran (Bonus Points/Treat Points). Abaikan segala kad kredit lain yang menawarkan cash back, bonus point on petrol, TESCO dan sebagainya. Value from kad-kad kredit ni sangat ciput kalau dibandingkan dengan value Enrich Miles.
i) Maybank 2 Cards Platinum. Belanja RM2 dapat 1 Enrich Mile.
ii) Maybank 2 Cards Premier (AMEX and VISA). Belanja 90sen dapat 1 Enrich Mile.
iii) CIMB Enrich World Master Card. Belanja RM3 dapat 1 Enrich Mile
iv) CIMB Enrich World Elite. Belanja RM1 dapat 1 Enrich Mile.
Step 3: Gunakan kad kredit anda untuk bayar semua perbelanjaan harian tak kira apa saja, be it groceries, petrol, insurance, bayar bil Unifi/TNB/air, Lazada/Zalora etc, renew roadtax, cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain. Kalau pakcik jual aiskrim tepi jalan tu bole accept kad kredit, jangan ragu-ragu untuk swipe. Kalau boleh, minimize duit cash/syiling dalam wallet tu. Kita sekarang kan nak menuju ke arah cashless society 😎. Step 4: Kalau ada account Paypal, registerkan kad kredit anda kat situ. Gunakan Paypal untuk buat pembayaran jika ada option tu. Biasanya mata ganjaran kad kredit akan lebih tinggi jika pembayaran dibuat kepada merchant overseas seperti Paypal. Step 5: Once Bonus Point/Treat Point kad kredit anda dah berkepuk-kepuk, jangan terus convert ke Enrich Miles lagi. Tunggu promotion 10% extra yang biasanya dibuat 2 kali setahun. Boleh follow page Fb MAS untuk dapatkan promotion ni. Bila nak convert, boleh call bank masing-masing. Step 6: Abaikan segala airline yang ada dalam dunia ni melainkan MAS sahaja. Airasia/Malindo tu semua boleh tolak tepi. Ya harga ticket MAS kadang-kadang memang mencekik darah, tapi savings (dalam Step 8 kat bawah) akan berganda-ganda. Masa beli ticket atau check in online, jangan lupa masukkan nombor Enrich anda. Setiap kali anda fly dengan MAS, Enrich Miles akan masuk dalam account. Step 7: Jangan lepaskan peluang kalau MAS buat promotion bonus Enrich Miles. Baru-baru ni diorg buat promo 3x Enrich Miles. Banyak tu! Step 8: Check jika anda dah ada cukup Enrich Miles untuk memenuhi impian melancong ke tempat yang diidamkan. Contohnya, nak pegi London (return), perlu dalam 57k Enrich Miles seorang. Untuk trip family saya 4 orang tahun ni, kena ada dalam 208k Enrich miles. Kalau nak redeem Enrich Miles ni for flight ticket, boleh buat online kat website MAS. Jangan redeem through counter or hotline sebab rate dia lagi mahal. Namun begitu, kita still kena bayar cukai untuk flight ticket ni dengan cash/credit card. So macam kes saya, instead of bayar cash RM13k untuk 4 orang ke London, saya hanya kena bayar RM 2.2k sahaja untuk cukai. Jimat lebih RM10k🤑🤑🤑! Selamat mencuba tips-tips di atas. Kalau ada trick lain, boleh share juga di sini 😁. #EnrichMiles #Malaysiaairlines Malaysia Airlines
No photo description available.

Comments

Popular posts from this blog

Enrich Platinum

Enrich Platinum Plus