Enrich Platinum

Enrich platinum malaysia airlines merupakan status tertinggi di dalam sistem frequent flyer oleh malaysia airlines. Alhamdulillah segala kesungguhan dan pengorbanan selama ini berjaya menghasilkan kejayaan memperoleh status ini pada awal oktober yang lalu. Dengan ini maka lengkaplah koleksi kad enrich sepanjang zaman. :) BAGAIMANA CARANYA? Setiap ahli perlu memperoleh 100,000 elite miles atau melengkapkan 130 elite sector ( penerbangan ) dalam masa setahun mengikut tahun kalender. Untuk memahami dengan lebih baik, saya akan jelaskan dalam penerangan yang lebih mudah. Sebagai contoh, penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke London anda akan memperolehi lebih kurang 6500 elites miles ( dengan syarat anda membeli kelas penerbangan K/M kerana ia melayakkan anda untuk menerima elites miles sebanyak 100% daripada jumlah jarak penerbangan tertentu. Jadi bagi mendapatkan 100,000 elite miles maka memerlukan lebih 16 penerbangan sehala Kuala Lumpur - Londo...